Falsafah

Sejarah Dialektika (1): Hegelian vs Materialisme Marx

3 Mins read

Dialektika adalah kotradiksi dua ide berlawanan, yang masing-masing dipanggil tesis dan antitesis, wacananya melahirkan ide ketiga, yaitu sintesis. Sintesis sendiri mempunyai ciri-ciri yang berlainan; ada sintesis yang menghampiri sifat tesis asalnya, kerana kekuatan hujah satu tesis ke atas antitesisnya, dan ada juga sintesis yang berlainan terus dengan tesis dan antitesis, berkemungkinan disebabkan sintesis itu adalah titik tengah atau persilangan dalam dialektika tersebut. Itu serba sedikit asas kepada dialektika.

Umum menggunakan dialektika sebagai wacana kepada ide, mencari perbedaan dalam sesuatu tesis, untuk menghasilkan sintesis, tetapi G. W. F. Hegel (1770-1831) membawa dialektika ke ruang yang baru–Sejarah. Ya, Sejarah dengan S berhuruf besar. Ini untuk membedakan sejarah, kata nama am bagi kejadian-kejadian, dan Sejarah, corak dalam kejadian tersebut yang memberi makna pada kemajuan peradaban manusia. Hegel merupakan seorang filsuf dari tradisi falsafah Jerman, malah antara yang terulung di Zaman Pencerahan.

Hegel mewarisi pemahamannya tentang kemajuan dalam proses Sejarah daripada seorang filsuf Jerman juga iaitu Immanuel Kant (1724-1804). Pentingnya memahami idea Kant kerana dialektika Sejarah yang dibawa Hegel dalam magnum opus kitab ulungnya, Phenomenolgy of Spirit adalah ciri-ciri Sejarah dari buah fikiran Kant sendiri.

Kant mengatakan Sejarah ada titik pengakhiran; bukan bermakna tiada lagi kejadian-kejadian akan berlaku, tetapi sistem sosial masyarakat akan terhenti pada satu tahap kerana telah pun diusahakan satu cara hidup yang tidak wujud lagi perbedaan di dalamnya.

Percanggahan di sini tidak membawa maksud perbalahan antara individu dalam masyarakat, tetapi ciri-ciri dalam sistem tersebut yang (a) mempunyai konflik antara prinsip ide masyarakat tersebut dengan gaya hidup sebenar ahli masyarakat atau (b) wujudnya pengasingan antara seseorang dan haknya sebagai ahli masyarakat.

Baca Juga  Tiga Pemikiran Ekonomi Islam Menurut Muhammad Iqbal

Sistem yang Baru

Kontra dalam sistem bermasyarakat menunjukkan kelemahan nyata dalam sistem tersebut yang akhirnya tumbang atau berubah secara sosial, dan mewujudkan sistem yang baru. Monarki, aristokrasi, oligarki, autoritarian dan totalitarian–satu persatu tumbang akibat perselingkuhan yang asasi atau fundamental, yang wujud dalam sistem itu sendiri. Konflik ide paling nyata dan kuat adalah apabila hak-hak ahli dalam masyarakat tidak diiktiraf dan diangkat, akhirnya meniadakkan seseorang sebagai pemilik hak yang sama rata dalam sistem masyarakatnya.

Contohnya seperti dalam monarki berkuasa mutlak, seseorang ahli masyarakat bukanlah rakyat kepada negaranya yang mempunyai hak-hak seorang rakyat, tetapi subjek dan hamba kepada rajanya, yang mana hak seorang subjek adalah tertakluk kepada kuasa dan ihsan rajanya. Wujud hak berbeda antara raja dan rakyat walaupun hidup dalam komunitas yang sama.

Secara mudahnya, perbedaan fundamental dan konflik ide ini adalah tesis dan antitesis dalam sistem masyarakat. Perubahan masyarakat ke peringkat seterusnya, sama ada melalui penaklukan tamadun lain atau revolusi sosial oleh dirinya sendiri, adalah permulaan wujud kepada sintesis. Inilah dialektika dalam perbincangan Sejarah Sejagat.

Berbalik kepada Hegel, beliau bersetuju dengan Kant bahawa Sejarah punya titik noktah. Menjadikan perjalanan peradaban manusia sejak zaman yang lebih primitif akhirnya dapat difahami secara menyeluruh melalui sudut pandang masyarakat terakhir. Hegel melihat bahawa perubahan-perubahan sistem masyarakat dan tamadun adalah lebih normal dan menjadi kebiasaan. Berbanding dengan satu tamadun hanya kekal istiqamah tanpa perubahan.

Malah, perubahanlah yang menjadi asas kepada kemajuan Sejarah. Namun, dalam kekalutan perubahan setiap tamadun ini, wujud perkara asasi yang kekal; beliau menggelarkannya sebagai Spirit. Spirit menurutnya senantiasa mempunyai konflik dalaman yang akhirnya membawa kepada perubahan tamadun dan menghasilkan sintesis dalam bentuk sistem kemasyarakatan yang baharu. Spirit inilah yang menjadi pendorong kepada kemajuan sesuatu tamadun hingga membentuk masyarakat moden hari ini. Perkiraannya mudah; ada kontradiksi ertinya ada tesis dan antitesis, dan terjadilah dialektika Sejarah.

Baca Juga  Islam Lebih dari Ideologi

Contoh Dialektika dalam Sejarah

Perkara ini mungkin akan lebih mudah difahami jika diberikan contoh. Tamadun Yunani Kuno ketika dijajah oleh Rom Kuno contohnya. Sekalipun berlaku asimilasi bagian masyarakat Yunani Kuno yang menerima kedatangan Rom Kuno, namun wujud nilai yang kekal tidak berubah, malah diserap pula oleh Tamadun Rom Kuno.

Demokrasi adalah bukti besar nilai atau spirit yang bertahan dari zaman Yunani Kuno, ke era Rom Kuno, hingga ke dunia moderen. Rom Kuno sendiri merupakan contoh apabila jatuh diserang oleh suku Jerman, Visigoths yang dipimpin oleh Alaric.

Tamadun Rom Kuno mungkin jatuh secara fizikal, namun Spirit-nya wujud, dan memberi pengaruh pada penjajahnya. Buktinya adalah kewujudan ciri-ciri Tamadun Rom Kuno pada kerajaan-kerajaan selepasnya. Seperti Empayar Suci Rom di Zaman Pertengahan, dengan hukum perundangan dan sistem sosial yang sepersisnya.

Ini adalah contoh dialektika sejarah yang berlaku akibat pertembungan dua tamadun, yang sintesisnya adalah sebuah tamadun yang ‘baharu’. Dalam arti kata wujudnya kelansungan hidup nilai-nilai utama dalam tamadun-tamadun yang bertembung dalam tamadun yang ‘baru’ ini.

Seperti yang disebut, wujud juga tamadun yang berubah cara dan nilai masyarakatnya, bukan kerana pertembungan, tetapi kerana revolusi. Menurut Hegel, “Spirit sentiasa berperang dengan dirinya sendiri”. ‘Peperangan’ ini masih berpunca dari konflik ide dalam sistem masyarakat itu sendiri. Ini boleh dilihat dalam kasus Revolusi Perancis 1789 apabila sistem monarki digantikan dengan sistem Republik.

Percanggahan fundamental yang wujud dalam Monarki Perancis, atau mana-mana monarki berkuasa mutlak dalam dunia, adalah ketidakiktirafannya pada hak-hak ahli masyarakat tersebut. Ini menahan satu sifat semulajadi manusia yang diungkapkan oleh Plato sebagai thymos, atau gelojak perasaan yang ingin dirinya diiktiraf.

Baca Juga  Imam Syafii Tak Pernah Mengharamkan Filsafat
***

Dalam konteks negara moderen, pengiktirafan ini dinyatakan dalam bentuk hak-hak seorang rakyat yang jelas dalam perlembagaan. Bagaimanapun, konteks ini adalah sangat baru dalam peradaban dunia, dan sudah semestinya tidak dinikmati oleh masyarakat sebelum Revolusi Perancis 1789 dan Revolusi Amerika 1776.

Apabila berlakunya revolusi, Spirit yang berkonflik tadi akhirnya membebaskan diri dan memanifestasikan dirinya dalam sistem sosial yang baharu. Ini jelas kelihatan dengan bibit-bibit kemunculan demokrasi konstitusi pada 1789, sebagai Spirit yang menjadi sintesis yang kemudiannya disebarkan ke ceruk Eropa oleh Maharaja Napoleon, terutamanya melalui Pertempuran Jena 1806 dan diserap negara lain dalam bentuk konstitusi setelah Revolusi 1848.

Editor: Dhima Wahyu Sejati

Aliff Naif
3 posts

About author
Merupakan Felo Lestari Hikmah dan siswa Sains Politik di International Islamic University of Malaysia
Articles
Related posts
Falsafah

Tawaran Al-Jabiri Atas Pembacaan Turats

4 Mins read
Abed al-Jabiri adalah salah satu pemikir Islam yang paling dikenal di era modern. “Naqd al-Aql al-Arabi” atau proyek pemikiran “Kritik Nalar Arab”…
Falsafah

Deep Ecology: Gagasan Filsafat Ekologi Arne Naess

4 Mins read
Arne Naess adalah seorang filsuf Norwegia yang dikenal luas sebagai pencetus konsep “ekologi dalam” (deep ecology), sebuah pendekatan yang menggali akar permasalahan…
Falsafah

Sokrates: Guru Sejati adalah Diri Sendiri

3 Mins read
Dalam lanskap pendidikan filsafat, gagasan bahwa guru sejati adalah diri sendiri sangat sesuai dengan metode penyelidikan Sokrates, filsuf paling berpengaruh di zaman…

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This will close in 0 seconds