Inspiring

Muhammad Asad (1): Anugerah Eropa Kepada Islam

5 Mins read

Tulisan ini menyorot fikrah hadith Muhammad Asad (1900-1992) dan kontribusinya dalam pemahaman hadith kontemporer. Ia membincangkan kefahaman asas tentang hadith yang dirumuskan dalam karya-karyanya seperti Sahih al-Bukhari The Early Years of Islam; Islam at The Crossroads (bab “Hadith and Sunnah” dan “The Spirit of the Sunnah”); This Law of Ours and Other Essays; The Road to Mecca dan The Message of the Qur’an.

Pandangan Hidup dan Fikrah Muhammad Asad

Pengaruh hadith ini turut ditinjau daripada artikelnya dalam jurnal Arafat dan makalahnya yang lain terkait tema-tema hadith dan sunnah dan pemahaman serta cabarannya di abad moden, seperti tulisannya “Social and Cultural Realities of the Sunnah”. Kajian cuba mengembangkan ide dan fikrah hadith yang dirumuskan Asad dari perspektifnya yang moden dan membandingkannya dengan pemikiran-pemikiran sejarah yang krusial terkait prinsip hadith yang dibawakan oleh pemikir Islam yang lain.

Ia menyimpulkan bahawa Muhammad Asad telah memberikan sumbangan yang penting dalam pemikiran hadith di abad moden dengan hasil penulisannya yang prolifik dan substantif, termasuk terjemahan dan syarahannya yang ekstensif terhadap Sahih al-Bukhari yang memuatkan komentar-komentar yang baru dan analisis sejarahnya yang mendalam terhadap kitab ini. Ia merumuskan pertentangan-pertentangan hukum dan istinbat-istinbat fuqaha dan muhaddith dalam tradisi syarah hadith yang kritis. Ia turut merespon pertikaian-pertikaian asas yang dibangkitkan oleh golongan orientalis dan intelektual yang skeptis terhadap riwayat-riwayat sejarah dalam tradisi hadith.

Kertas ini melihat kesan-kesan awal dari pengaruh hadith terhadap pandangan hidup Muhammad Asad dan fikrah dan kesedaran Islamiyahnya. Dalam perjuangannya mempertahankan dan mengembangkan aliran dan mazhab pemikiran moden dalam tradisi hadith ini, Asad telah membawa kesedaran yang krusial terhadap sejarah pemikiran dan tradisi intelektualnya melalui penulisan dan penafsirannya yang signifikan yang mengembangkan gagasan-gagasan yang berpengaruh tentang kekuatan fikrah dan tradisi hadith klasik sebagai yang tercantum dalam karya-karyanya seperti Sahih al-Bukhari The Early Years of Islam yang menganalisis riwayat-riwayat hadith Sahih dan kemungkinan-kemungkinan pemahamannya dalam konteks moden.

Dengan aspirasi Islamnya yang dinamik dan progresif, Asad berusaha membawa dan menggariskan ajaran-ajaran dan fikrah-fikrah hadith yang signifikan yang mempertahankan idealismenya yang rasional dan dinamik dalam penafsiran syariat. Ia cuba mengangkat kekuatannya sebagai asas hukum dan esensi terpenting dari ajaran-ajaran Islam yang asli yang dikembangkan dalam sunnah-sunnah dan praktik-praktik hukum Islam yang terawal.

Baca Juga  Buya Hamka, Bapak Mufasir Reformis Indonesia: Catatan Yang Hilang Darinya

Muhammad Asad

Muhammad Asad dilahirkan sebagai Leopold Weiss pada 12 Julai 1900 di Lemberg, saat itu termasuk bahagian dari kekaisaran Austria-Hungaria, dalam lingkungan keluarga Yahudi ortodoks. Beliau merupakan cucu kepada seorang Rabbi ortodoks di Czernowitz, kota di selatan Ukraine di daerah Bukowina, Austria. Asad merupakan seorang wartawan, pengembara, pengarang, ahli bahasa, ahli teori politik, diplomat dan cendekiawan Islam yang terkenal. Ia termasuk salah seorang Muslim Eropah yang paling berpengaruh pada kurun ke-20.

Menjelang usia tiga belas tahun, Weiss muda berhasil menguasai dengan fasih bahasa Hebrew dan Aramaic, selain dari bahasa asalnya Jerman dan Polish. Menjelang pertengahan dua puluhannya, beliau dapat membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris, Perancis, Parsi dan Arab. Beliau mengikuti kerjaya kewartawanan, dan mengembara ke Timur Tengah sebagai koresponden untuk Frankfurter Zeitung di German.

Di negara mandatori Palestin, Weiss terlibat dalam perbantahan dan argumentasi dengan pemimpin Zionis sebagai Chaim Weizmann, menyuarakan keberatannya tentang sebagian aspek dari Gerakan Zionis. Setelah menjelajah menyeberangi Dunia Arab sebagai wartawan, beliau memeluk Islam pada tahun 1926 dan memilih bagi dirinya nama Islam “Muhammad Asad” – Asad merupakan terjemahan Arab dari nama asalnya Leo (Lion) [singa]. Ia meneruskan kembaranya dan bekerja di dunia Islam, termasuk Arab Saudi, Iran, Jordan, Utara Afrika, dan Pakistan.

Menetap di Makkah dan Madinah

Pada permulaan tahun 1927 Asad menetap di kedua kota suci Makkah dan Madinah, sebagai tamu diraja pemerintah Saudi di Hijaz. Di Arab Saudi, beliau menghabiskan waktunya dengan puak Badui dan bersyarikat dengan Ibn Saud – pengasas Arab Saudi yang moden. Pertemuan dengan Putera Faysal di perpustakaan besar Masjidil Haram menemukannya dengan Raja Abdul Aziz al-Sa‘ud, yang merupakan pengasas Arab Saudi yang moden.

Artikel-artikelnya yang diterbitkan dalam surat khabar yang berpengaruh di Eropah menceritakan pengalamannya dalam kehidupan masyarakat Arab di padang pasir Najd dan Hijaz, mempelajari sejarah dan aspirasi politik dan cita-cita Islam yang diperjuangkan dan harapannya terhadap pembaikan dan dakwah dan keyakinannya terhadap struktur politik yang diasaskan Ibnu Saud telah mencetuskan penghargaan yang mendalam Raja Abdul Aziz terhadap daya pemikiran dan kepintaran Asad.

Baca Juga  Peace Generation: Menyebarkan Perdamaian dengan Asyik dan Gembira

Asad meninggalkan Tanah Arab dan menuju ke India pada 1932 di mana beliau bertemu dengan filasuf dan pujangga Islam yang terkenal Allamah Muhammad Iqbal (1876-1938), ahli falsafah dan pujangga Islam yang terkenal. Iqbal membujuknya untuk mengurung niatnya untuk menjelajah ke arah Timur dan “membantu menjelaskan premis intelektual bagi masa depan negara Islam”.

***

Di India, Iqbal memperkenalkan Asad kepada aktivis dan tokoh Islam di India seperti Chaudhry Niaz Ali Khan, pengasas Dar ul Islam di Pathankot, India dan Jauharabad, Pakistan. Beliau turut memintanya untuk mengajar studi Islam kepada anak-anak muda di Islamia College Lahore. Iqbal banyak mendiskusikan tentang Asad dalam warkahnya yang ditulis kepada Syed Nazeer Niazi pada 1934 (catatan surat-suratnya antara Jun-Oktober 1934 yang dimuat dalam Kulliyat e Makateeb e Iqbal, jil. 3, hh. 529 ke atas). Iqbal turut mengusulkan Asad untuk menterjemahkan Sahīh al-Bukhārī ke dalam bahasa Inggeris, yang diusahakannya dengan positif pada musim panas 1934 di Kashmir, dan Srinagar dan sempat menerbitkan dua bab terawal dari terjemahannya.

Cetusan yang diilhamkan Iqbal telah menghasilkan karya penting-nya Sahīh al-Bukhārī: The Early Years of Islam, sebagai satu-satunya syarah dan komentar yang ekstensif ke atas Kitāb Sahīh yang pernah dihasilkan dalam bahasa Inggeris, yang jauh mengatasi kitab-kitab terjemahan lain dengan pandangan-pandangan modennya, istinbat-istinbat fiqh, dan tafsiran-tafsiran moral dan spiritualnya yang berbobot dan meyakinkan.

Mendapat Kewarganegaraan Pakistan

Asad juga menghabiskan lima tahun dalam tahanan Pemerintah British ketika pecahnya Perang Dunia Kedua. Pada 14 Ogos 1947, Asad mendapat kewarganegaraan Pakistan dan kemudian berkhidmat dalam sejumlah posisi birokratik dan diplomatik termasuk Pengarah Department of Islamic Reconstruction, Timbalan Setiausaha (Bahagian Timur Tengah) di Kementerian Luar Pakistan dan Wakil Pakistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Asad dilantik untuk mengepalai Department of Islamic Reconstruction, Pakistan dan terlibat dalam meneliti dan merumuskan konsep-konsep ideologi tentang organisasi politik dan kenegaraan Islam; dan merangka konstitusi dasar dari visi yang diilhamkan oleh Iqbal. Kerangka teoretis tentang pandangan politik dan konsepsi yang dirangkanya ini dilakarkan dalam tulisannya Islamic Constitution-Making yang diterbitkan pada bulan Mac 1948.

Baca Juga  Mengenal Pemikiran Kalam Abu Hanifah

Pada 1949, beliau meninggalkan tugas dalaman politik untuk menyertai kementerian luar sebagai ketua Bahagian Timur Tengah. Setelah 20 tahun berada di benua kecil, pada awal 1952, Asad berhijrah ke New York sebagai duta besar Pakistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di Barat, Asad menonjol sebagai pengarang dengan karya autobiorafinya yang terlaris, The Road to Mecca. Pada 1961 Asad menerbitkan bukunya The Principles of State and Government in Islam (University of California Press) yang membahas tentang persoalan negara Islam dan hubungannya dengan tatanan sosial dan politik masyarakat dan tuntutan spiritual dan agamanya.

***

Selanjutnya, setelah tujuh belas tahun membuat penyelidikan ilmiah, beliau menerbitkan magnum opusnya, The Message of the Qur’an – terjemahan dan komentar Inggeris terhadap al-Qur’an. Karya ini, bersama dengan terjemahan Pickthall dan Yusuf Ali, dianggap salah satu terjemahan yang paling berpengaruh di abad moden. Penganjur yang ghairah terhadap ijtihad dan rasionaliti dalam menafsirkan teks-teks agama, beliau mendedikasikan karyanya “Untuk Kaum Yang Berfikir”. Pada 2008, pintu masuk jalan ke Pejabat UN di Vienna dinamakan sebagai Muhammad Asad Platz sebagai memperingati usahanya sebagai “pembina-jembatan antara agama”.

Asad digambarkan oleh pencatat biografinya sebagai “Anugerah Eropah kepada Islam” dan “Pengantara antara Islam dengan Barat”. Pada 1982 dari Tangier beliau berhijrah ke Sintra, di luar Lisbon. Kemudiannya menetap di Mijas, di daerah Costa del Sol, selatan Sepanyol di mana beliau wafat pada 20 Februari 1992, dalam usia 91 tahun, dan dikuburkan di tapak pemakaman yang sederhana di Gibraltar. Antara karangannya termasuklah Islam at the Crossroads, The Road to Mecca, The Unromantic Orient, The Spirit of Islam, Home-Coming of the Heart, This Law of Ours and Other Essays dan magnum opusnya, The Message of the Qur’ān. (Bersambung)

Editor: Nabhan

Avatar
2 posts

About author
Fellow of International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Malaysia
Articles
Related posts
Inspiring

Bintu Syathi’, Pionir Mufassir Perempuan Modern

6 Mins read
Bintu Syathi’ merupakan tokoh mufassir perempuan pertama yang mampu menghilangkan dominasi mufassir laki-laki. Mufassir era klasik hingga abad 19 identik produksi kitab…
Inspiring

Buya Hamka, Penyelamat Tasawuf dari Pemaknaan yang Menyimpang

7 Mins read
Pendahuluan: Tasawuf Kenabian Istilah tasawuf saat ini telah menjadi satu konsep keilmuan tersendiri dalam Islam. Berdasarkan epistemologi filsafat Islam, tasawuf dimasukkan dalam…
Inspiring

Enam Hal yang Dapat Menghancurkan Manusia Menurut Anthony de Mello

4 Mins read
Dalam romantika perjalanan kehidupan, banyak hal yang mungkin tampak menggiurkan tapi sebenarnya berpotensi merusak, bagi kita sebagai umat manusia. Sepintas mungkin tiada…

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *